Duta YAKSHA

Read in Thai | Read in Malay

Projek YAKSHA akan merekrut sebilangan “Duta YAKSHA”, yang akan bertindak secara sukarela sebagai wakil projek YAKSHA di negara ASEAN. Komuniti Duta YAKSHA akan meliputi semua negara ASEAN dan akan membangunkan rangkaian kerjasama antarabangsa bagi projek ini.

Duta YAKSHA akan bertindak aktif dalam bidang keselamatan, perisian dan terutamanya keselamatan Internet dan pertahanan, menimba pengalaman kerja dalam bidang keselamatan siber bersama negara Eropah atau negara ahli ASEAN seterusnya menjadi pengguna yang berpotensi dari keberhasilan YAKSHA. Mereka akan mempunyai akses rangkaian luas kepada pemegang berkepentingan Eropah dan ASEAN yang aktif dalam bidang teknologi siber. Di samping itu, duta boleh turut terlibat dan menyumbang kepada projek utama mengikut kepakaran dalam bidang mereka di negara ASEAN. Duta YAKSHA juga mungkin berpeluang untuk menguji teknologi YAKSHA melalui acara pengguna.

Sebagai contoh, duta yang bekerja di perusahaan sederhana kecil teknologi siber mungkin akan mendapat manfaat daripada uji langsung teknologi siber YAKSHA melalui acara pengguna dan duta yang bekerja di agensi keselamatan boleh mengakses maklumat terkini mengenai kerjasama siber antara EU dan negara ASEAN. Sebagai Duta, mereka berperanan untuk menyokong projek YAKSHA dalam usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber dan menyumbang kepada kemampanan keberhasilan projek. Pihak YAKSHA akan menyediakan kit dan latihan khusus kepada duta untuk memastikan penyebaran dan komunikasi yang berkesan ke atas projek.

If you fulfil the required criteria, and are interested in becoming part of the YAKSHA Ambassadors community,
please click on the image below and submit your application.
Ambassadors Flyer