Projek

Read in Thai | Read in Malay

Keterangan Projek YAKSHA

About YAKSHA Project

Projek Cybersecurity Awareness and Knowledge Systemic High-level Application (YAKSHA) dibiayai di bawah program penyelidikan dan inovasi Suruhanjaya Eropah Horizon 2020 yang akan memperkukuhkan kerjasama dan membina rakan-kongsi diantara negara Kesatuan Eropah (EU) dan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam bidang keselamatan siber dengan membangunkan solusi yang disesuaikan khusus kepada pengguna dan keperluan negara, dengan memanfaatkan pengetahuan dan kepakaran dari negara Kesatuan Eropah (EU).

  • YAKSHA dibiayai bersama Suruhanjaya Eropah (EC) di bawah Program Horizon 2020
  • Tarikh mula: 1 Januari 2018
  • Tempoh: 30 bulan
  • Jumlah bajet: EURO 2,506,226.25, termasuk sumbangan daripada Suruhanjaya Eropah sebanyak EURO 1,998,813.75

Motivasi YAKSHA

Pembangunan dan perlaksanaan kit perisian untuk memantapkan keselamatan siber organisasi-organisasi di rantau ASEAN.

Hasil YAKSHA

Meningkatkan tahap kesediaan keselamatan siber pengguna, membantu pencegahan serangan siber dengan lebih baik, mengurangkan risiko siber dan mengawal-selia keseluruhan proses keselamatan siber secara lebih berkesan.

Proses dan Strategi

Tumpuan kepada adaptasi dan integrasi bidang teknologi lain dalam solusi inovatif.

Latar belakang

Teknologi maklumat telah diiktiraf secara meluas sebagai faktor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat. Negara ASEAN, khususnya negara berpendapatan rendah dan sederhana telah lama menjadi tumpuan beberapa isu keselamatan siber dan terdedah kepada risiko tertentu seperti pencerobohan data kepada pencerobohan terancang oleh pihak tidak bertanggungjawab. Keselamatan adalah elemen asas dalam mengukuhkan kesemua teknologi ICT dan tanpanya, peluang akan bertukar menjadi risiko kepada organisasi, perniagaan dan kerajaan.

Pada Oktober 2016, isu kelompongan keselamatan siber negara-negara ASEAN telah menjadi agenda penting di dalam Persidangan Menteri-Menteri ASEAN. Dari mesyuarat peringkat tertinggi ini, pembangunan dan pelaksanaan kit perisian merupakan motivasi utama ASEAN YAKSHA untuk meningkatkan tahap kesediaan keselamatan siber organisasi dan pengguna serta membantu pencegahan serangan siber dengan berkesan dalam mengurangi risiko siber dan mengawal-selia keseluruhan proses keselamatan siber.

Pembangunan keupayaan siber, jaminan ruang siber yang selamat, dan fasilitasi pertukaran perkara norma siber telah ditekankan oleh Menteri-Menteri Komunikasi Negara ASEAN. Penganjuran acara ini menandakan pembangunan ruang siber yang selamat telah menjadi salah satu agenda yang utama bagi pembangunan ICT ASEAN pada masa hadapan. Ini kerana isu keselamatan siber telah menjadi faktor penting dalam menjamin keselamatan ruang siber ASEAN dan telah menarik minat semua negara ahli, ia membuka peluang untuk perlaksanaan pembangunan bersama solusi bagi menangani masalah tersebut.

Keupayaan keselamatan siber adalah penting bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi dan masyarakat, lebih-lebih lagi di dalam era globalisasi dan dunia saling terhubung. Di dalam era Industri 4.0, sistem dan juga komponennya sudah cukup pintar serta mampu untuk membentuk sistem di dalam sistem yang lain. Ia berkebolehan untuk berinteraksi antara satu sama lain dan mendapatkan maklum balas daripada sistem luar serta mengambil bahagian dalam dunia sensor dan IoTs (Internet of Things).

Dalam perkembangan dan memenuhi keperluan rantaian bekalan global, pengilang seharusnya mengadaptasi teknologi Industri 4.0 serta berupaya menghadapi pelbagai isu yang dibangkitkan berkenaan dengan keselamatan siber. Terdapat inisiatif berkenaan Industri dan keselamatan siber di Kesatuan Eropah seperti Keselamatan Eropah dari Reka Bentuk (European Security by Design) yang diberi perhatian khusus dalam industri pacuan Platform Teknologi Eropah (European Technology Platforms (ETPs)). Sebagai contoh, Agenda Penyelidikan Strategik ARTEMIS di mana keselamatan siber dikenal pasti sebagai Trend Mega. Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, negara ASEAN merupakan negara yang berpotensi untuk perusahaan dan industri yang besar, isu keselamatan siber juga merupakan isu utama dirantau itu. Rantaian bekalan bagi industri tersebut mestilah dilindungi di mana sahaja mereka berada, samada di Eropah mahupun di Asia Tenggara. Justeru itu, jalinan kerjasama perlu diwujudkan diantara kesemua bahagian keselamatan siber bagi mewujudkan persekitaran siber yang selamat.

Objektif

YAKSHA mensasarkan pengukuhan kerjasama dan membina perkongsian dengan membangunkan satu solusi keselamatan siber bersesuaian dengan keperluan negara tertentu dengan memanfaatkan kepakaran dan ilmu pengetahuan dari Kesatuan Eropah. Projek ini akan meningkatkan tahap kesediaan keselamatan siber pengguna, membantu pencegahan serangan siber dengan berkesan, mengurangkan risiko siber dan mengawal-selia keseluruhan proses keselamatan siber. YAKSHA dijangkakan dapat membantu menjamin rantaian bekalan pembuatan global, memberi fokus kepada keselamatan IoT

Kerjasama Kesatuan Eropah (EU) dan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) semasa dan selepas projek YAKSHA juga akan dapat membantu mengurangkan beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam ekosistem keselamatan siber. Sebagai contoh, projek CONNECT2SEA EU yang telah berakhir pada tahun 2016. Ia akan membina rangkaian rakan kongsi ASEAN yang luas bagi mengurangi jurang rangkaian aktiviti dan kesepaduan serantau; Skim Persijilan yang akan dibangunkan oleh YAKSHA akan membantu mengurangkan jurang kemahiran dan kekurangan pakar serta para inovasi. Struktur asasnya akan mengenal pasti jurang pendekatan umum bagi ancaman siber.

Model perniagaan mampan yang akan dibangunkan semasa projek ini membolehkan rakan kongsi dan pihak yang berminat untuk mengguna pakai teknologi, menjana nilai, dan memupuk kerjasama walaupun di luar tamat tempoh projek.

Objektif utama:

1. Penilaian keselamatan siber termaju di rantau ASEAN dan pembangunan di masa hadapan.

  • Penerangan terperinci berkenaan ekosistem keselamatan siber di rantau ASEAN
  • Mengenal pasti trend dan peluang masa depan keselamatan siber dalam EU-ASEAN

2. Pembangunan dan pengesahan teragih, fleksibel, solusi keselamatan siber

  • Pembangunan kaedah inovatif bagi pengesanan, pengumpulan dan analisis malware
  • Reka bentuk, pembangunan dan integrasi komponen perisian YAKSHA
  • Pengesahan produk akhir dan perkhidmatan YAKSHA dalam projek rintis

3. Membolehkan peningkatan berterusan aplikasi saintifik, teknikal, hasil ekonomi dan kerjasama serta perkongsian antara EU-ASEAN

  • Penyebaran hasil saintifik dan penerbitan
  • Pembangunan model perniagaan dan eksploitasi, termasuk pengurusan harta intelek
  • Peningkatan kerjasama dan perkongsian ilmu keselamatan siber antara EU dan ASEAN dan di antara negara ASEAN

Pendekatan

YAKSHA akan membangunkan kaedah inovatif bagi pengesanan, pengumpulan dan analisis malware, serta reka bentuk ontologi khusus kegunaan simpanan jangka panjang, analisis maklumat, pengagihan format piawaian maklumat dan pengantara untuk fasilitasi kebolehoperasian.

YAKSHA akan terus membangunkan ekosistem rakan kongsi dalam rangkaian kerjasamanya yang akan menyumbang dalam meningkatkan kemahiran keselamatan siber di Eropah dan mewujudkan kedudukan baru untuk pakar-pakar keselamatan siber di ASEAN.

Selain itu, akses langsung pasaran ASEAN yang penting akan memberi kesan positif kepada persaingan industri keselamatan Eropah.

Solusi perisian YAKSHA akan disahkan melalui projek rintis di Eropah dan Asia Tenggara. Untuk permulaan, ia akan memberi tumpuan di Vietnam dan Greece. Perancangan untuk dilaksanakan di negara ASEAN yang lain akan disusuli melalui rangkaian Duta YAKSHA iaitu wakil YAKSHA yang aktif dalam bidang keselamatan siber, perisian, terutamanya keselamatan Internet dan pertahanan.

Di samping itu, projek ini akan membentuk Label Kecemerlangan YAKSHA – satu pensijilan Eropah bagi kecemerlangan teknologi yang menandakan pengiktirafan mampan terhadap kualiti produk sekaligus menyokong pengguna ASEAN untuk memperakui kualiti, keselamatan dan fungsi produk serta perkhidmatan.